Site icon TechNave BM

Kemas kini iOS 14.3 menyebabkan beberapa pengecas pihak ketiga gagal berfungsi

Sejak Apple memperkenalkan kemas kini iOS 14.3 pada 15 Disember, sebahagian pengguna melaporkan bahawa kemas kini tersebut telah mengganggu fungsi pengecasan berwayar dan wayarles untuk peranti yang dilengkapi sistem operasi tersebut, di mana pengecas yang dihasilkan oleh pihak ketiga gagal berfungsi.

Ini adalah masalah terbaru melibatkan iOS 14. Sebelum ini, kemas kini iOS 14.2 dilaporkan telah menyebabkan bateri iPhone untuk habis dengan lebih pantas, di mana 50% daripada kapasiti bateri akan digunakan dalam masa 30 minit sahaja. Di samping itu, iPhone juga akan mengecas dengan pantas walaupun dengan pengecas yang perlahan. Masalah ini mungkin disebabkan oleh penunjuk hayat bateri yang gagal menunjukkan kapasiti tenaga sebenar yang telah disimpan dalam bateri.

Masalah ini dikenal pasti untuk model iPhone lama seperti iPhone XS, iPhone 7, iPhone 6S dan iPhone SE. Beritahu kami di Facebook jika anda mempunyai masalah yang serupa dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version