Site icon TechNave BM

Kemas kini iOS 14.5 perkenalkan Face Unlock sambil pakai pelitup muka, sokongan “controller” PS5

Selepas kemas kini iOS 14.3 dikeluarkan, versi beta untuk kemas kini iOS 14.5 versi beta kini sudah pun bermula dan ia dilaporkan akan memperkenalkan fungsi baru seperti imbasan muka Face Unlock yang boleh dilakukan walaupun sewaktu pengguna memakai pelitup muka, sokongan untuk gaming controller dan hubungan 5G dalam mod dwi-SIM.

Walaupun fungsi Face Unlock yang baru ini membenarkan anda untuk tidak menanggalkan pelitup muka sewaktu mengimbas, anda perlu menghubungkan iPhone dengan jam tangan pintar Apple Watch sebagai langkah keselamatan. Pengguna perlu membuka (unlock) Apple Watch mereka terlebih dahulu dan iPhone kemudian akan mengimbas muka pengguna secara separuh.

Selain itu, gamers bakal boleh menghubungkan controller PlayStation 5 DualSense dan Xbox Series X kepada iPhone dengan kemas kini iOS 14.5. iPadOS dan tvOS juga dilaporkan bakal dilengkapi ciri yang serupa, membuka lebih banyak peluang kepada gamers Apple Arcade dan iOS untuk bermain dengan lebih seronok.

Sokongan 5G untuk mod dwi-SIM (nano-SIM dan eSIM) juga dilaporkan sedang dibangun untuk siri iPhone 12. Versi beta iOS 14.5 untuk kegunaan awam dijangka akan dilancarkan pada Mac 2021.

Sokongan 5G untuk dua SIM serentak

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mac Rumours

Exit mobile version