Site icon TechNave BM

Kemas kini iOS 15.4.1 Apple baiki isu hayat bateri

Beberapa bulan yang lalu, iOS 15 telah dikemas kini oleh Apple dengan beberapa ciri tambahan yang stabil dan menarik. Kemudian, kemas kini diikuti ke iOS 15.4 pada beberapa minggu yang lalu tetapi ia telah membawa isu mengenai hayat bateri. Apple telah mula mengambil langkah pantas untuk membetulkan keadaan melalui kemas kini iOS 15.4.1.

Hari ini, Apple melancarkan iOS 15.4.1 untuk peranti iPhone dan iPad yang mengalami masalah kehabisan bateri. Kemas kini iOS 15.4.1 disertakan dengan pembetulan dan peningkatan dalaman tetapi kebanyakannya lebih memfokuskan untuk membaiki pepijat. Berikut adalah log perubahan ringkas yang menerangkan kemas kini.

Kemas kini iOS 15.4.1:

iOS 15.4 merupakan kemas kini utama terbaharu Apple untuk iPhone dan iPad melalui iPadOS 14.5 di mana salah satu cirinya adalah boleh membuka kunci peranti mereka semasa memakai pelitup muka. Ia turut membawa suara Siri dan memperkenalkan Emoji baharu.

Selain iOS 15.4.1, peranti Apple TV mungkin akan membawa kemas kini baharu iaitu tvOS 15.4.1, Apple Watches mendapat watchOS 8.5.1 manakala Mac terkini akan membawa kemas kini macOS 12.3.1.

Apple akan menyemak maklum balas pengguna sekiranya terdapat isu pepijat yang terlepas melalui ujian beta. Baru-baru ini, peranti tersebut mendapat kelulusan di Arizona dan Apple Wallet boleh menunjukkan lesen digital pemandu. Ciri ini mungkin akan dilancarkan secara global tidak lama lagi.

Semua iPhone termasuk siri iPhone 13 dan iPhone SE 2022 akan menerima kemas kini baharu seperti yang diumumkan pada baru-baru ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version