Site icon TechNave BM

Kemas kini iOS 16.4.1 dan iPadOS 16.4.1 dilancar, baiki kerentanan yang dieksploitasi secara aktif

Apple hari ini telah melancarkan kemas kini iOS 16.4.1 dan iPadOS 16.4.1 kepada penggunanya. Pemiliki iPhone atau iPad mungkin telah dimaklumkan oleh Apple tentang ketersediaan kemas kini dan mereka perlu memasang kemas kini secepat mungkin.

Hal ini adalah kerana ia disertakan dengan pembaikan untuk beberapa kelemahan yang dieksploitasi secara aktif. Kerentanan IOSurfaceAccelerator membenarkan aplikasi tersebut melaksanakan kod tanpa pantauan dengan keistimewaan kernel.

Manakala kelemahan WebKit boleh membenarkan kandungan web yang direka bentuk mudah untuk digodam untuk melaksanakan kod. Selain itu, kemas kini yang dilancarkan membetulkan isu yang menyebabkan Siri tidak bertindak balas dalam beberapa kes dan menambah variasi ton kulit untuk emoji.

Kemas kini ini penting supaya pengguna tidak terdedah kepada mana-mana kelemahan yang disebutkan di atas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple

Exit mobile version