Site icon TechNave BM

Kemas kini iOS 16 lebih popular berbanding iOS 15 tahun lepas

Sewaktu 10 hari pertama sejak iOS 15 diperkenalkan pada 2021, hanya 19.3 peratus peranti mengemas kini ke iOS 15 kerana pemilik ‌iPhone‌ pada masa itu enggan untuk menaik taraf kerana beberapa pepijat awal. Tetapi menurut data daripada syarikat analitik Mixpanel, hal ini tidak berlaku pada ‌iOS 16‌ mungkin kerana perubahan visual baharu.

Menurut syarikat analitik Mixpanel, pengguna iPhone mengemas kini ke iOS 16 lebih pantas berbanding iOS 15 tahun lepas. ‌iOS 16‌ dikemas kini pada anggaran 23.26 peratus oleh pengguna iPhone setelah sembilan hari selepas pelancarannya.

iOS 16 membawa perubahan pada skrin kunci yang direka bentuk semula, pilihan tambahan widget, iMessage yang boleh disunting dan batal penghantaran mesej. Kesemua ciri ini dapat menarik perhatian pengguna iPhone semasa.

Kemas kini iOS 16.1 yang akan datang bakal menambah ciri ketara seperti Aktiviti Langsung (Live Activities) untuk skrin kunci dan perubahan pada penunjuk bateri pada bar status. Ia mungkin dilancar pada bulan Oktober ini.

Dalam 66.96 peratus iPhone telah menaik taraf ke iOS 15 manakala 9.77 peratus iPhone terus menjalankan versi iOS yang lebih lama. Data Mixpanel didapati daripada lawatan ke laman web dan aplikasi analitis menggunakan SDK oleh Mixpanel, jadi angkanya sentiasa berubah dan tidak rasmi.

Apple belum lagi memberikan butiran tentang bilangan peranti yang menjalankan ‌iOS 16‌ tetapi data Mixpanel mungkin tidak terlalu jauh daripada angka sebenar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version