Site icon TechNave BM

Kemas kini iOS 17.1.1 dilancar: Pembaikan isu NFC pada BMW dan skrin kunci cuaca

Sebelum ini, kami menyebut bahawa Apple merancang untuk mengeluarkan kemas kini pepijat bagi masalah cas tanpa wayar pada kenderaan BMW. Baru-baru ini, Apple telah melancarkan kemas kini iOS 17.1.1 untuk menyelesaikan isu ini.

Isu ini telah menyebabkan cip NFC di dalam telefon tidak berfungsi buat seketika waktu. Apple akui isu ini dan telah melancarkan kemas kini iOS 17.1.1 yang baharu untuk menangani kebimbangan dan pepijat yang menjadi isu besar kepada pengguna.

Kemas kini ini menyediakan pembaikan termasuk:

Jika anda menghadapi masalah ini, anda perlu mengemas kini iPhone anda secepat mungkin. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version