Site icon TechNave BM

Kemas kini iOS 17 mungkin tidak bawa perubahan visual, fokus pada kestabilan dan kecekapan

Apple baru sahaja mengeluarkan iOS 16.3 untuk mengatasi beberapa masalah pepijat bagi perisian iOS 16. Tahun ini, iOS 17 akan dikeluarkan bersama-sama dengan siri iPhone 15 mungkin pada bulan September.

Menurut sumber, iOS 17 tidak akan memperkenalkan sebarang baik pulih visual yang besar tetapi terdapat jangkaan mengatakan ia kelihatan sama dengan iOS 16. Nampaknya, tumpuan keluaran iOS 17 adalah pada peningkatan kestabilan dan kecekapan sokongan set kepala Reality Pro AR/VR (Augmented Reality/ Virtual Reality) Apple.

iOS 17 akan menampilkan aplikasi baharu khas untuk set kepala yang mungkin sama dengan aplikasi Watch, tetapi dengan “lebih banyak ciri”. Selain itu, aplikasi Music dilaporkan akan membawa beberapa perubahan pada navigasi di dalamnya. 

Aplikasi Mail akan dipermudahkan sedikit manakala Reminders dan File akan dipertingkatkan. Berkemungkinan besar terdapat perubahan kecil pada aplikasi Fitness dan Wallet yang dijangka akan disambungkan ke Apple Pay Later.

Nampaknya iOS 17 dibina untuk dipasangkan pada enam peranti dengan Dynamic Island. Menurut bahagian lain kod iOS 17, keempat-empat iPhone akan datang akan mempunyai port USB-C, tetapi hanya dua akan menyokong kelajuan USB 3.2, mungkin Pro dan Pro Max.

Akhir sekali, iPhone 15 Pro Max dikatakan akan hadir dengan perisian pemprosesan imej “lebih maju” berbanding dengan iPhone 15 Pro dan sistem penyejukan yang lebih baik.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version