Site icon TechNave BM

Kemas kini iOS 18 berpotensi menjadi yang ‘terbesar’ dalam sejarah iPhone

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, iOS 18 dijangka menjadi salah satu kemas kini paling terbessar dalam sejarah sistem pengendalian iPhone Apple. Walaupun butiran khusus tentang ciri iOS 18 akan dikongsi pada masa hadapan, dua ciri yang dijangkakan termasuk sokongan RCS dan Siri yang lebih pintar.

Sokongan RCS (Perkhidmatan Komunikasi Kaya) yang diumumkan oleh Apple pada November 2023 akan menawarkan pengalaman pemesejan yang lebih baik antara iPhone dan peranti Android termasuk media resolusi lebih tinggi, mesej audio, penunjuk menaip, resit baca, Pemesejan Wi-Fi dan ciri sembang kumpulan yang dipertingkatkan.

Gurman juga meramalkan bahawa iOS 18 akan menggabungkan teknologi AI generatif untuk meningkatkan Siri dan aplikasi Mesej, membolehkan pengendalian soalan yang lebih baik dan pelengkapan ayat secara automatik.

Kemas kini ini dijangka dikeluarkan pada bulan September dengan beta pertama untuk pembangun pada bulan Jun semasa Worldwide Developers Conference (WWDC), sejajar dengan penerokaan AI generatif Apple untuk pelbagai aplikasi termasuk Apple Music, Pages, Keynote dan Xcode.

Penggabungan model bahasa besar ke dalam Siri juga dijangka mengautomatikkan tugas-tugas kompleks dan menyepadukan dengan lebih mendalam dengan aplikasi Pintasan (Shortcuts ) seperti yang dilaporkan oleh sumber.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version