Site icon TechNave BM

Kemas kini khabar angin HUAWEI P40: Mungkin dilengkapi inovasi bateri grafena

Terdahulu, reka bentuk HUAWEI P40 telah tular di internet dengan pantas. Penularan ini telah membuatkan pihak media berusaha keras mencari khabar angin seterusnya untuk disaji kepada orang ramai yang menanti khabar angin HUAWEI P40.

Menurut BGR, orang ramai menjangkakan Samsung sebagai pelopor dalam mengeluarkan peranti dilengkapi bateri grafena (graphene). Namun, mungkin andaian ini bakal terkubur kerana khabar angin baru menyatakan HUAWEI P40 bakal hadir dengan teknologi bateri grafena tersebut.

Apa yang menarik di sini, akaun Twitter HUAWEI Perancis sendiri yang mendedahkan khabar angin ini. Walau bagaimanapun, ciapan (tweet) tersebut kemudian dipadam, tetapi PhoneArena telah berjaya merekodkan kandungan ciapan tersebut.

Sumber: Huawei France melalui PhoneArena dan BGR

Anda sendiri boleh melihat perkataan graphene dan battery pada rekod ciapan ini. Menurut BGR, kandungan ini juga memaparkan maklumat pengecasan P40 daripada tahap 0 ke tahap 100% dalam masa 45 minit sahaja. Bateri juga dikatakan lebih tahan lama. Mungkin benar khabar angin sebelum ini yang menyatakan P40 bakal hadir dengan bateri 5500 mAh?

Pemadaman ciapan tersebut sebenarnya berpunca dari orang ramai yang mempersoalkan logik bateri sekurang-kurangnya 5000 mAh, tetapi dengan teknologi grafena yang lebih kecil. Agak kelihatan tidak logik disitu. Tambahan pula, gambar pada ciapan HUAWEI France menggunakan gambar khabar angin yang jauh berbeza dengan apa yang telah diperkatakan pada khabar angin sebelum ini. PhoneArena juga telah menyiarkan kemas kini baru, bersetuju untuk menganggap khabar angin ini palsu.

Jadi, ambillah khabar angin ini sebagai bayangan sementara sahaja kerana sememangnya khabar angin bukanlah kebenaran yang rasmi. Apa pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk khabar angin selanjutnya.

Sumber: BGR | PhoneArena | @OnLeaks

Exit mobile version