Site icon TechNave BM

Kemas kini macOS Sonoma 14.4 dilancar, baiki pepijat dan tingkatkan keselamatan

Apple hari ini mengeluarkan macOS Sonoma 14.4 iaitu kemas kini utama keempat kepada sistem pengendalian ‌macOS Sonoma‌ yang dilancarkan pada September lalu. ‌macOS Sonoma‌ 14.4 hadir lebih sebulan selepas ‌macOS Sonoma‌ 14.3 dengan kemas kini yang membawa senarai main Apple Music kolaboratif.

Kemas kini ‌‌‌‌‌‌macOS Sonoma‌‌‌ 14.4‌ tersedia dan boleh dimuat turun dengan memilih Kemas Kini Perisian pada Tetapan Sistem. Apple memperkenalkan aksara emoji baharu dan menambah sokongan untuk membaca teks Episod Podcast sepenuhnya dengan sokongan carian.

Terdapat ciri baharu untuk Kemas Kini Perniagaan dalam Mesej bersama-sama dengan butang luncur untuk menunjukkan hanya ikon untuk tapak web dalam Bar Kegemaran Safari. macOS Sonoma 14.4 memperkenalkan emoji baharu, pembetulan pepijat dan kemas kini keselamatan.

Emoji

Kemas kini ini juga termasuk penambahbaikan dan pembetulan pepijat berikut:

Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia untuk semua wilayah atau pada semua peranti Apple. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version