Site icon TechNave BM

Kemas kini OxygenOS terbaru kembalikan kamera ‘X-Ray’ dalam OnePlus 8 Pro

Pada hujung bulan lalu, OnePlus telah melumpuhkan fungsi penapis warna (colour filter) Photochrome dalam kamera OnePlus 8 Pro berikutan kontroversi yang membolehkan kamera itu untuk melihat menembusi pakaian seperti dalam X-Ray. Dalam kemas kini terbaru OxygenOS 10.5.10, pengguna OnePlus 8 Pro boleh mengakses semula penapis tersebut dalam kamera mereka.

Tiada sebarang perubahan berlaku untuk penapis Photochrome tersebut, di mana pengguna masih boleh mendapat efek ‘X-Ray’ seperti sebelum ini. Perlu diketahui bahawa sebelum ini, OnePlus memang ingin memperkenalkan semula Photochrome tanpa efek X-Ray, namun dalam kemas kini terbaru ini nampaknya penapis warna tersebut tidak mempunyai perbezaan daripada versi asal.

Beritahu kami di Facebook jika anda memiliki OnePlus 8 Pro dan telah menerima kemas kini ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Police

Exit mobile version