Site icon TechNave BM

Kemas kini Telegram hadir dengan pelbagai penambahan ciri baru yang menarik

Selain daripada WhatsApp, Telegram juga mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai medium untuk berhubung. Terkini, Telegram telah mengemaskini naik taraf aplikasinya dengan pelbagai ciri baru untuk memudahkan pengguna.

Apa yang menariknya, kemas kini ini berbeza mengikut peranti yang anda guna sama ada peranti iOS atau peranti Android. Antara ciri yang paling menarik adalah Telegram kini membolehkan anda memilih dan mereka hiasan latar belakang dengan Theme Editor 2.0.

Selain itu, kami juga turut tertarik dengan ciri Send When Online. Sebenarnya, anda sememangnya boleh menghantar mesej pada waktu yang anda mahu dengan menetapkan tarikh dan masa.

Kini Send When Online membenarkan anda menaip mesej sekarang dan menetapkan waktu penghantaran ketika rakan anda berada dalam talian (online).

Gsmarena telah meringkaskan senarai penambahan ciri baru aplikasi Telegram seperti di laman webnya. Walau bagaimanapun, anda boleh terus ke capaian Telegram untuk mengetahui tentang kemas kini dengan lebih lanjut.

Beritahu kami ciri terbaru kesukaan anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita aplikasi terkini.

Sumber: gsmarena | Telegram

Exit mobile version