Site icon TechNave BM

YouTube menambah ciri terjemahan dan pelbagaikan sumber carian

YouTube bakal melancarkan ciri terjemahan automatik kepada bahasa Inggeris bagi tajuk dalam setiap video pada platformnya. Sebelum ini, ciri ni amat terhad dan hanya didapati pada saluran lebih 1,000 pengikut sahaja.

Ia akan tersedia dalam 13 bahasa lain dalam beberapa bulan akan datang. YouTube turut merancang untuk menambah terjemahan automatik pada telefon pintar Android dan iOS.

Selain itu, terdapat dua ciri sumber capaian lain iaitu melalui trek audio dan tajuk pada platform telefon pintar. Ciri-ciri ini membantu pengguna terutamanya penonton luar negara yang berlainan bahasa.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version