Site icon TechNave BM

Kemas kini terbaru harga Samsung Galaxy S11, S11e dan S11 Plus

Kemunculan keluarga baru Samsung Galaxy S11, Galaxy S11e dan Galaxy S11 Plus yang bakal hadir agak ditunggu-tunggu oleh peminat Samsung. Kehadiran yang bakal hadir ini turut mengundang rasa ingin tahu pengulas teknologi, adakah benar keluarga siri Samsung Galaxy S11 akan dilengkapi sensor kamera utama 108MP?

Terdahulu, khabar angin tentang ciri dan spesifikasi peranti ini telah tular. Walau bagaimanapun, orang ramai masih menunggu aspek yang paling penting, iaitu harga penentuan peranti tersebut.

Terkini, Gadgets360 melaporkan siri Samsung Galaxy S11 bakal menemui peminat mungkin pada bulan Februari 2020. Berkemungkinan pelopor Samsung Galaxy Fold yang seterusnya juga akan diumumkan di saat kemunculan siri Samsung Galaxy S11 ini!

Berikut merupakan khabar angin harga siri Samsung Galaxy S11:

Menurut Gadgets360, mereka menyatakan bahawa agak selamat untuk orang ramai menjangkakan harga siri Samsung Galaxy S11 yang bakal hadir dengan harga permulaan $800 (secara kasar RM3312). Walau bagaimanapun, khabar angin ini sememangnya masih tidak rasmi dan bukanlah kebenaran yang pasti.

Adakah anda bersetuju untuk memiliki peranti berkamera 108MP dengan harga ini? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan kemas kini berita khabar angin seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Gadgets360 | @OnLeaks

Exit mobile version