Site icon TechNave BM

Kemas kini utama Windows 10 akan perkenalkan menu Start yang baru

Mulai hari ini, Microsoft akan mengeluarkan kemas kini untuk bulan Oktober kepada semua pengguna komputer Windows 10. Kemas kini tersebut membawa pelbagai pembaharuan, terutamanya dalam menu Start, ruang Taskbar dan pelayar internet Edge.

Menu Start akan mempunyai rekaan yang lebih kemas, di mana warna grid petak dalam Start akan dipadankan dengan warna latar belakang (wallpaper) dan mempunyai sedikit efek lutsinar. Pengguna boleh tetapkan sendiri tema warna yang ingin digunakan dalam menu Start.

Microsoft turut memperkenalkan fungsi baru dalam pelayar web Edge, seperti butang Alt+Tab untuk mengubah tab yang dibuka, fungsi perbandingan harga sewaktu membeli-belah serta menandakan (pin) laman web kegemaran ke ruang Taskbar. Di samping itu, pengguna juga boleh melaraskan sendiri kadar segar semula skrin (refresh rate) dalam ruangan Settings.

Untuk maklumat penuh tentang kemas kini Windows 10 terbaru ini, anda boleh baca di Windows Blog. Pastikan anda cari masa yang sesuai untuk mengemas kini komputer anda agar tidak bertindih dengan waktu kerja anda. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Windows Blog

Exit mobile version