Microsoft mengumumkan bahawa kemas kini Windows 11 2025 yang juga dikenali sebagai versi 25H2 kini mula diedarkan kepada pengguna. Ia merupakan kemas kini ciri tahunan untuk sistem operasi selepas Microsoft beralih daripada dua kemas kini besar setahun kepada hanya satu sejak beberapa tahun lalu.
Kemas kini ini disampaikan melalui servicing technology iaitu kaedah sama yang digunakan untuk kemas kini bulanan Windows. Buat masa ini, kemas kini hanya diberi kepada peranti dengan Windows 11 versi 24H2 dan terhad untuk pengguna yang menghidupkan tetapan “Get the latest updates as soon as they’re available”.
Microsoft menjelaskan pengedaran dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan masalah keserasian aplikasi atau pemacu. Jika peranti dikesan berisiko menghadapi isu tersebut, kemas kini akan ditahan sementara sehingga masalah itu diselesaikan. Pengedaran lebih meluas dijangka berlaku dalam beberapa bulan akan datang.
Antara penambahbaikan yang dibawa oleh Windows 11 versi 25H2 termasuk ciri baharu, peningkatan keselamatan serta lebih kawalan kepada pengguna. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Microsoft

