Site icon TechNave BM

Kemas kini yang disyorkan iOS 13.3 dan iPadOS 13.3 untuk semua pengguna Apple

Apple mengeluarkan dua kemas kini terbaru bagi sistem operasi pengendalian iOSnya iaitu iOS 13.3 dan ‌iPadOS‌ 13.3. Kemas kini yang paling baru secara khususnya adalah bagi memperbetulkan isu multitasking pada peranti sehingga boleh menyebabkan aplikasi gagal berfungsi dengan baik. Ia dikesan selepas penyelidik mendapati ciri pengesanan lokasi tertentu tidak dapat berfungsi dalam iPhone 11.

Untuk menangani masalah penjejakan lokasi, cip U1 Ultra Wideband iPhone kini boleh dipadam. Ianya juga boleh diakses di bahagian menu Privasi dan Perkhidmatan Lokasi pada aplikasi Tetapan. Selain itu juga ia mampu menyelesaikan masalah pepijat pada iPad dalam Had Komunikasi, dimana sebelum ini dengan mudah membenarkan kenalan ditambah pada Skrin Masa tanpa memasukkan kod laluan.

Untuk mengemas kini sistem operasi iPhone atau iPad anda ke 13.3 boleh dilakukan dari “Tetapan” → “Umum” → “Kemas Kini Perisian“. Atau “Setting” → “General” → ” Update Software“.

Sudahkah anda kemas kini iPhone ke sistem operasi yang baru? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini yang terkini.

Sumber : CNET

Exit mobile version