Penguji beta awam yang telah mendaftar untuk program ujian beta Apple kini boleh mengemas kini iOS 15.1 dan iPadOS 15.1 selepas memuat turun sijil dari laman web Public Beta. iOS 15.2 dan iPadOS 15.2 memperkenalkan Laporan Privasi Aplikasi (App Privacy Report) yang membolehkan pengguna melihat kekerapan aplikasi mengakses maklumat sensitif mereka seperti lokasi, foto, kamera, mikrofon dan kenalan sepanjang tujuh hari yang lalu.
Ia turut menunjukkan aplikasi berhubung dengan domain lain dan masa mereka berhubung supaya anda boleh memerhatikan apa yang aplikasi lakukan di sebalik tabir. Anda boleh menghidupkan App Privacy Report di Tetapan (Settings), pilih Privasi (Privacy) kemudian ke App Privacy Report. Data akan mula dipaparkan di aplikasi setelah beberapa lama digunakan.
Hari ini, terdapat penambahan ciri Panggilan Auto SOS Kecemasan (Emergency SOS Auto Call). Anda kini boleh menekan butang sisi dengan beberapa kali untuk memulakan atau dengan menekan butang sisi dan butang bunyi sekali gus. Kiraan detik tiga saat kini meningkat ke lapan saat sebelum panggilan kecemasan dibuat.
Apple juga telah mengubah suai ciri Ringkasan Pemberitahuan (Notification Summary) dalam beta, menjadikan ia kepada rupa gaya-kad (card styles) dan terdapat kod untuk ciri Keselamatan Komunikasi (Communication Safety Feature) yang diumumkan Apple awal tahun ini.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: MacRumors

