Site icon TechNave BM

Kemaskini iPhone anda ke iOS 15 untuk pengalaman lebih menarik

Seperti anda tahu, anda boleh mengemas kini iOS 15 mulai 21 September jam 1 pagi. Kami mencadangkan agar anda memuat turun dan memasangnya semalaman kerana fail ini memerlukan kira-kira 3GB untuk dimuat turun. Berikut merupakan ciri-ciri terbaru setelah anda mengemaskini ke iOS 15.

Perkongsian iMessage

iMessage telah dinaiktaraf dengan beberapa ciri baru di mana aplikasi ini akan memberi tahu anda bahawa kandungan yang dikongsi akan muncul di aplikasi lain. Ini termasuk Muzik, Foto, Safari dan lain-lain. Selain itu, anda boleh menyematkan kandungan yang dikongsi untuk anda lebih mudah mencarinya.  

Jangan Ganggu (Do Not Disturb) dan Fokus (Focus)

Fokus membolehkan anda fokus pada kerja dan aktiviti lain jika anda tidak dapat membalas rakan dan keluarga anda. Apa yang membezakan Jangan Ganggu (Do Not Disturb) dan Fokus (Focus) adalah Fokus akan memberitahu rakan dan keluarga anda bahawa anda sibuk dan tidak dapat membalas sama sekali.

Lihat gambar dibawah, anda boleh menetapkan mod Fokus mengikut berapa lama yang anda mahu. Anda juga boleh menetapkan orang tertentu untuk menghubungi anda sekiranya ada hal kecemasan.

Ringkasan Pemberitahuan

Apple tampil dengan membantu anda menjadualkan penghantaran ringkasan pemberitahuan pada waktu tertentu. Anda boleh memilih aplikasi dan menetapkan masa tertentu untuk ringkasan pertama dan kedua.

Teks Langsung Kamera (Camera Live Text)

Untuk kamera iPhone, ciri Teks Langsung lebih mudah daripada yang sebelumnya. Fokuskan kamera pada teks dan tekan viewfinder yang terdapat di sebelah kanan bawah.

Ciri kamera terbaru ini membolehkan anda menyalin, memilih, mencari (dalam talian), berkongsi dan lain-lain. Paling mengagumkan, anda boleh terus menterjemahkan teks serta mengaktifkan Teks Langsung di aplikasi sosial lain seperti yang dilihat dalam tangkapan skrin.

Halaman baru Safari

Sekiranya anda menggunakan Safari, anda akan dapati carian bar berada di bahagian bawah. Kami mendapati penukaran tab dan kemasukan URL baru dilihat lebih tersusun.

Namun, ada segelintir pengguna tidak menggemari carian bar di bahagian bawah. Oleh itu, anda boleh mengunjungi Tetapan> Safari kemudian tatal ke bawah ke Tab, klik Tab Tunggal dan carian bar akan ke tempat sebelumnya.

FaceTime dengan Android

FaceTime adalah ciri eksklusif untuk pengguna iPhone seperti iMessage dan kini Apple telah memutuskan untuk berkongsi FaceTime dengan pengguna Android. Untuk berkongsi FaceTime dengan rakan Android anda, cukup kunjungi aplikasi FaceTime dan klik Buat Pautan. Selepas itu, hanya kongsi pautan dengan sesiapa sahaja dan tunggu sehingga mereka sertai.

Cuaca (Weather), Muzik Apple (Apple Music), Peta (Maps), Dompet (Wallet) dan sebagainya      

Untuk aplikasi Cuaca, klik peta di kiri bawah, anda dapat melihat suhu di kawasan atau negara anda. Apple Maps dan Wallet juga mendapat kemas kini baru tetapi pengguna Malaysia tidak begitu ramai.

Apple Music kini menawarkan 6 bulan percuma kepada AirPod anda. Itu merupakan masa yang lama jika dibandingkan dengan percubaan percuma 1 minggu sebelumnya di mana anda juga dapat menikmati Spatial Audio dengan Dolby Atmos secara percuma. Untuk Catatan (Notes) dan Peringatan (Reminders), anda boleh menggunakan hashtag atau tag buatan untuk berkongsi nota dengan lebih mudah dengan rakan dan keluarga.

Kemaskini iPhone anda ke iOS 15 untuk pengalaman yang menarik. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version