Site icon TechNave BM

Kementerian Digital galakkan pendigitalan rumah ibadah semua agama

Menteri Digital Gobind Singh Deo akan menyokong inisiatif pendigitalan rumah ibadah di seluruh negara bagi memudahkan pengurusan dan hebahan aktiviti kepada para penganutnya. Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan teknologi digital dimanfaatkan dalam konteks keagamaan dan warisan budaya supaya ia tidak ketinggalan.

Beliau berkata sedemikian sewaktu menghadiri Majlis Perasmian Pendigitalan Sistem Pengurusan Kuil Sree Maha Mariamman dan kuil-kuil yang berada bawah Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang semalam. Sistem baharu ini membenarkan penganjur untuk menyumbang, menyemak jadual dan mendaftar untuk upacara keugamaan dengan lebih mudah.

Dengan usaha pendigitalan, ia bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan pengurusan untuk rumah ibadah, malah menjadikannya pusat komuniti yang diyakini semua. Selain itu, segala persiapan berkaitan pengurusan dan aktiviti dalam rumah ibadah boleh dibuat dari luar.

Kementeriannya juga akan mewujudkan satu pangkalan data berkaitan jenis-jenis acara yang dijalankan, kemudian mereka akan semak jika terdapat masalah yang perlu diperbaiki daripada pangkalan data tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version