Site icon TechNave BM

Kementerian Digital ingin tingkatkan kesedaran AI dalam kalangan rakyat

Menteri Digital Gobind Singh Deo melaporkan bahawa kementeriannya akan menjadikan program kesedaran tentang kecerdasan buatan (AI) sebagai sebuah agenda utama pada tahun ini bagi mewujudkan satu negara yang lebih celik digital.

Ini adalah untuk memastikan rakyat mendapat manfaat terbaik daripada penggunaan teknologi digital yang berkembang pesat pada waktu ini. Selain itu, ia juga akan menekankan aspek keselamatan siber.

Dalam program yang akan digerakkan melalui Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) itu, ia akan memberi maklumat terperinci tentang apakah sebenarnya teknologi AI serta bagaimana ia boleh bantu dalam kehidupan seharian.

Kementerian Digital juga akan bekerjasama dengan dua lagi kementerian, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pendidikan Tinggi, untuk menubuhkan program kesedaran AI dalam kalangan para pelajar dan menyediakan infrastruktur lengkap untuk pembelajaran berkaitan teknologi AI.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version