Site icon TechNave BM

Kementerian Kewangan: Kredit e-tunai RM100 akan mula dilaksanakan pada suku keempat 2023

Pada akhir bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan kredit e-tunai bernilai RM100 kepada semua rakyat dewasa berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan bawah RM100,000 setahun.

Kerajaan telah memperuntukkan RM1 bilion bagi menjayakan inisiatif ini dan ia akan membantu golongan B40 dan M40. Beliau berkata inisiatif ini diambil selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai dalam kalangan masyarakat.

Seperti pengumuman di Twitter oleh Kementerian Kewangan Malaysia, kredit e-tunai RM100 ini akan mula dilaksanakan pada suku keempat tahun ini, di mana kami menjangka sekitar Oktober.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter Kementerian Kewangan

Exit mobile version