Site icon TechNave BM

Kementerian Komunikasi ingin penggunaan mata wang kripto dibenarkan

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menggesa pihak pengawalseliaan kewangan negara untuk membenarkan penggunaan mata wang digital, terutamanya mata wang kripto, untuk membantu golongan muda yang aktif berurus niaga dalam mata wang tersebut.

Timbalan Menteri K-KOMM Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata pihaknya akan meneliti cara untuk meningkatkan penyertaan golongan muda dalam mata wang kripto, terutamanya yang terlibat dalam perdagangan aset non-fungible token (NFT).

Beliau berkata perkara ini berada di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, manakala K-KOMM pula ingin mendaftarkan mata wang kripto bagi membantu golongan muda dalam program kewangan masa depan.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan boleh membenarkan mata wang kripto di sisi undang-undang supaya penyertaan golongan belia dalam mata wang itu boleh dikembangkan dan dibantu daripada segi aspek penggunaan tenaga.

Adakah anda bergiat aktif dalam perdagangan kripto? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version