Site icon TechNave BM

Kementerian MOSTI: Industri dron akan mewujudkan 100,000 pekerjaan di Malaysia

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mewujudkan sehingga 100,000 peluang pekerjaan di negara kita menerusi industri dron. Menteri Datuk Seri Dr Adham Baba berkata menjelang 2030, industri itu akan mencecah nilai RM50 bilion dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau turut menjelaskan bahawa MOSTI dengan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) akan bekerjasama menerajui pembangunan industri teknologi dron tempatan (DroneTech). Setakat ini, lebih 200 syarikat teknologi dron telah dikenal pasti di Malaysia.

Dr Adham turut mendedahkan bahawa 25 aplikasi teknologi dron telah diluluskan sejak 18 bulan lalu melalui National Technology and Innovation Sandbox (NTIS). Kesemua syarikat terbabit mendapat sokongan daripada segi pembiayaan untuk pengkomersilan, bantuan kawal selia dan pembangunan pasaran dalam sektor pertanian, perhutanan, bandar pintar dan pengangkutan.

Menteri MOSTI itu menjelaskan bahawa kementerian ingin menjadikan Malaysia antara 10 negara terbaik dunia dalam kesediaan (peraturan) dan penggunaan dron (pasaran) menjelang 2030. Tambahan pula, kerjasama dengan MRANTI bertujuan membangunkan lima juara DroneTech bertaraf antarabangsa.

Antara bidang tumpuan untuk pembangunan dron intensif di Malaysia ialah:

Dr Adham turut mendedahkan perbincangan sedang giat diadakan dengan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta badan lain yang terlibat dalam sektor penerbangan. Ini termasuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

Perbincangan itu bertujuan untuk menambah baik proses permohonan permit penerbangan dron. Permit mungkin diperlukan untuk tujuan rekreasi, perindustrian atau lain-lain. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber:  Bernama

Exit mobile version