Site icon TechNave BM

Kementerian Pendidikan akan bina portal khas untuk aduan buli

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal menubuhkan sebuah portal aduan buli pada minggu hadapan bagi membanteras kes buli di sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata ibu bapa dan guru boleh membuat laporan mengenai kes buli di sekolah dalam sistem portal itu, di samping dua lagi kaedah iaitu telefon dan e-mel.

Beliau mengumumkan portal tersebut sewaktu menghadiri Showcase Transformasi Pendidikan dan mengulas mengenai isu buli yang dilaporkan berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan. Sungguh pun begitu, beliau tidak dapat memberikan komen kerana MRSM berada bawah kuasa kementerian lain.

KPM juga akan melancarkan program Sekolahku Sejahtera, Sepakat dan Selamat bersama Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri bagi mewujudkan persekitaran selamat di sekolah. Konsep Sekolahku Sejahtera itu akan menekankan elemen jati diri supaya pelajar boleh membuat keputusan rasional dan menerapkan nilai empati untuk membendung gejala buli.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version