Site icon TechNave BM

Kementerian Pendidikan lancarkan platform pembelajaran dalam talian bersama Google, Microsoft dan Apple

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini melancarkan Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), iaitu sebuah platform pendidikan baru yang dibina dengan kerjasama oleh Google, Microsoft dan Apple bagi membantu guru dan pelajar untuk terus menuntut ilmu pada waktu ‘Kebiasaan Baharu’ (New Normal) ini.

DELIMa menawarkan aplikasi dan perkhidmatan yang diperlukan oleh para guru dan pelajar dalam sekolah untuk pembelajaran digital seperti Google Classroom, Microsoft 365 dan Apple Teacher Learning Centre.

DELIMa telah diciptakan dengan tiga tujuan utama, iaitu untuk menyediakan pembelajaran digital kepada semua, pembelajaran pada bila-bila masa dan membuktikan komitmen KPM kepada keperluan negara pada masa hadapan.

Dengan lebih 10,000 sekolah, 370,000 guru dan 2.5 juta murid di dalam sistem pendidikan, negara kita sedang mengambil langkah yang besar dalam transformasi kebangsaan dan menyediakan murid-murid untuk menghadapi masa depan.

Beritahu kami di Facebook jika anda menggunakan DELIMa dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version