Site icon TechNave BM

Kementerian Pendidikan Malaysia lancar aplikasi buku teks elektronik untuk kemudahan pelajar di rumah

Semalam, Agensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Perbadanan Kota Buku (PKB) telah melancarkan aplikasi ‘KPM eTextbook Reader’ untuk memudahkan pelajar mendapatkan buku teks sekolah secara digital.

KPM menyatakan aplikasi ini akan memberi akses buku teks sekolah secara digital kepada pelajar yang bakal memulakan sesi persekolahan sewaktu Perintah Kawlaan Pergerakan (PKP) dilakukan.

Pelajar juga boleh mengakses buku teks digital mereka menggunakan telefon pintar ataupun tablet pada bila-bila masa untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

KPM juga memberitahu capaian internet tidak diperlukan setelah aplikasi tersebut di muat turun. Dengan aplikasi ini, kos pencetakan buku teks dapat dikurangkan dan masalah beg sekolah yang berat dapat diselesaikan.

Aplikasi KPM eTextbook Reader ini membolehkan pelajar untuk memuat turun buku teks digital dengan format EPUB iaitu format standard terbuka untuk buku digital yang lebih ringan dan serasi dengan peranti mudah alih.

Komen pendapat anda mengenai aplikasi terbaru KPM ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version