Site icon TechNave BM

Kementerian Pengangkutan akan perkenalkan pembayaran melalui kad debit/kredit untuk pengangkutan awam

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementeriannya akan memperkenalkan kaedah pembayaran yang lebih luas untuk pengguna pengangkutan awam, seperti pembayaran melalui kad debit atau kad kredit.

Buat masa ini contohnya, pengguna transit aliran ringan (LRT) hanya mempunyai dua kaedah pembayaran tambang iaitu dengan membeli token daripada mesin tiket atau membayar dengan kad Touch ‘n Go. Dengan meluaskan pilihan untuk kaedah pembayaran, ia akan memudahkan para pengguna untuk membayar tambang mengikut kaedah kegemaran mereka.

Menurutnya, sistem pembayaran baharu ini akan diperkenalkan dalam bulan-bulan akan datang, terutamanya untuk perkhidmatan di bawah Prasarana Malaysia Bhd dan Keretapi Tanah Melayu Bhd.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa kaedah pembayaran Touch ‘n Go akan dikekalkan, walaupun selepas sistem pembayaran melalui kad debit atau kredit diperkenalkan kepada pengguna.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sinar Harian

Exit mobile version