Site icon TechNave BM

Kementerian Pengangkutan bakal tadbir urus sektor penghantaran makanan

Sektor penghantaran makanan atau p-hailing secara rasmi akan diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan selepas pindaan undang-undang dibuat, kata Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Pada masa ini, kementerian hanya mengurus dan mengawal selia industri e-hailing sejak 2019 tetapi ini tidak meliputi penunggang penghantaran makanan.

Pada 5 Ogos, Kabinet telah memberi lampu hijau kepada Kementerian Pengangkutan dan agensinya iaitu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak untuk mengawal selia perniagaan penghantaran barang khususnya mereka yang menggunakan motosikal (perkhidmatan p-hailing).

Beliau berkata pindaan itu dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang. Minggu lalu, penunggang penghantaran yang kecewa di negara ini mengadakan mogok sehari bagi membantah nasib mereka seperti bayaran penghantaran yang rendah. Susulan protes itu, satu pertemuan telah dianjurkan antara Kementerian Pengangkutan, beberapa persatuan penunggang penghantaran dan vendor.

Beliau juga mahu kebajikan pekerja dalam sektor ekonomi gig sentiasa diutamakan kerana mereka adalah penggerak perniagaan dan ekonomi negara. Sektor penghantaran makanan memainkan peranan yang besar kepada orang ramai, memaksa diri mereka dengan menahan hujan dan panas untuk menunaikan tanggungjawab dan memberi perkhidmatan.

Antara kumpulan yang hadir pada dialog tersebut ialah Persatuan Penunggang P-Hailing Malaysia (Penghantar), Persatuan Penghantaran Makanan Malaysia, Persatuan Kebajikan Pekerja Industri E-hailing Malaysia, Persatuan Pemandu Grab Malaysia, Persatuan Kebajikan Perkhidmatan Penghantaran Motosikal Perak dan lain-lain.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: The Star

Exit mobile version