Site icon TechNave BM

Kementerian Pengangkutan bangunkan sistem dalam talian untuk batalkan pendaftaran kenderaan

Kementerian Pengangkutan kini berada dalam proses membangunkan sistem secara dalam talian untuk membenarkan proses pembatalan pendaftaran motor melalui aplikasi atau kaedah digital lain.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata sistem itu akan memudahkan individu yang ingin melupuskan kenderaan buruk atau rosak kerana beliau tidak perlu lagi hadir ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sebaliknya, individu itu boleh membuat pembatalan secara digital sahaja.

Selepas pembatalan dibuat, kenderaan itu akan dilupus oleh syarikat pelupusan sisa pepejal atau Authorized Automotive Treatment Facilities (AATF) yang diiktiraf oleh JPJ.

Beliau berharap inisiatif ini akan menyelesaikan isu lambakan kenderaan buruk dan usang di seluruh negara, yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Sungguh pun begitu, Kementerian Pengangkutan tidak akan menghalang kenderaan yang melebihi usia 10 hingga 15 tahun ke atas berada di jalan raya, selagi ia berada dalam keadaan yang baik.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version