Baru-baru ini, Apple Malaysia telah mengemaskini barisan produknya yang ditawarkan untuk warga pendidik. Terdapat beberapa produk Mac dan iPad yang ditawarkan dan menariknya, setiap pembelian akan menawarkan AirPods atau Apple Pencil secara percuma.
Laman rasmi Apple untuk promosi Back To School mendedahkan produk Mac dan iPad terpilih yang layak untuk promosi. Semua pelajar dan pendidik di Malaysia boleh mendapatkan AirPods percuma (dari Gen ke-2 hingga ke-3) atau Apple Pencil (Generasi Kedua) dengan setiap pembelian Mac atau iPad.
Sebagai rujukan, di bawah ialah senarai rasmi produk yang layak untuk promosi:
Selain itu, portal web juga menyebut bahawa anda boleh mendapat potongan 20% dengan Pelan Perlindungan AppleCare, penjimatan Magic Keyboard untuk iPad dan banyak lagi. Promosi akan tamat pada 2 Oktober 2023. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Apple di sini.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

