Site icon TechNave BM

Kempen U Mobile RM0 Phones For Everyone beri telefon pintar percuma untuk pelanggannya

Kempen RM0 Phones for Everyone U Mobile membolehkan pelanggan U Mobile memiliki telefon pintar baharu secara percuma dengan pelan pascabayar Giler Unlimited GX68. Telefon pintar percuma dengan pelan ini adalah Samsung A02 yang berharga RM399. Pelan ini tidak memerlukan kelulusan dan tempoh kontrak 12 bulan tanpa pembayaran pendahuluan.

Anda juga boleh memilih telefon pintar yang lain seperti Samsung A03s dan OPPO A16 dengan harga RM199. Dengan harga tersebut, anda menikmati penjimatan sehingga 69%. Pengguna boleh memiliki data dan panggilan berkelajuan tinggi tanpa had menggunakan rangkaian 4G VoLTE bermula akhir tahun ini. 

Anda boleh mendaftar di kedai U Mobile atau dalam talian www.u.com.my/store bermula dari 15 Oktober 2021. Klik disini untuk maklumat lebih lanjut.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version