Site icon TechNave BM

Kenaikan harga untuk pengguna Spotify Premium, mula bayaran baharu pada September ini

Nampaknya, Spotify telah menaikkan harga untuk setiap pelan untuk pasaran Malaysia yang juga berkuat kuasa untuk pelanggan baharu. Jika anda melawati laman web Spotify Malaysia di sini, harga Spotify Premium Individu, Duo, Keluarga dan Pelajar telah meningkat sekurang-kurangnya RM1 lagi.

Sekarang, Premium Duo berharga RM21.50 sebulan berbanding RM19.80 sebulan manakala Premium Keluarga pula meningkat kepada RM24.90 daripada RM23.80 sebulan. Premium Mini Spotify masih manakala Premium Individu naik pada RM15.90 daripada RM14.90 sebulan. Pengguna Spotify Premium perlu membayar yuran bulanan baharu bermula pada September 2023 dan seterusnya.

Pegguna Spotify yang memautkan e-mel, anda akan mendapat pemberitahuan mengenai kenaikan harga dan pelan yang dilanggan. Kenaikan harga Spotify bermula di Amerika Syarikat di mana pelanggan perlu menambah $1 (~RM4) untuk pelan tersebut.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version