Zeekr, jenama kenderaan elektrik (EV) premium terkemuka dunia telah melantik Carro sebagai pengedar sah terbaharunya di Malaysia. Perjanjian persefahaman ditandatangani pada 16 Jun 2025 di kedai utama Carro di Puchong. Pelantikan ini mencerminkan komitmen Zeekr untuk memperluas kehadirannya di Malaysia dengan memperkukuh jaringan jualan serta perkhidmatan selepas jualan, sejajar dengan pelancaran model baharu Zeekr 7X tidak lama lagi.
Zeekr kini mempunyai tiga bilik pameran “Zeekr Space” di Petaling Jaya dan IOI Mall Puchong, dengan rancangan membuka empat lagi cawangan serta tiga bengkel Carro Care di masa akan datang. Dengan kepakaran dalam servis EV, Carro yakin dapat memberikan sokongan menyeluruh seperti pembiayaan melalui Genie Financial Services, servis selepas jualan melalui Carro Care dan perlindungan insurans oleh Coverro.
Zeekr memasuki pasaran Malaysia pada Disember 2024 dengan dua model iaitu 009 MPV dan Zeekr X SUV di mana kedua-duanya menekankan kemewahan dan teknologi EV terkini. Model Zeekr 009 tersedia dalam tiga varian termasuk Executive (RM310,000 untuk 500 tempahan pertama), Luxury (RM349,800) dan Ultra Luxury (RM359,800) manakala Zeekr X hadir dalam dua varian seperti Premium (RM155,800) dan Andalan (RM172,800).
Harga-harga ini adalah harga kereta sahaja uang tidak termasuk insurans. Pemilik Zeekr di Malaysia kini boleh menikmati jaminan pengedar standard, serta pelbagai perkhidmatan Carro yang komprehensif dan mudah diakses. Untuk membeli model Zeekr 009/X atau membuat tempahan, anda boleh pergi ke mana-mana Zeekr Space atau laman web rasmi Carro.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

