Site icon TechNave BM

Kerajaan agih bantuan RM100 melalui MyKad mulai 31 Ogos 2025 — Semak kelayakan di sini!

Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai RM100 sekali sahaja kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas melalui MyKad bermula 31 Ogos 2025. Bantuan ini diberikan tanpa mengira status pendapatan dan tidak memerlukan sebarang permohonan selagi penerima memenuhi syarat umur dan kewarganegaraan.

Agihan ini dibuat di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan dilaksanakan secara automatik. Penerima hanya perlu menggunakan MyKad mereka di kedai yang mengambil bahagian bagi membeli barang keperluan terpilih. Orang ramai boleh menyemak status kelayakan mereka secara dalam talian mulai 21 Ogos 2025 melalui laman web rasmi di sini.

Langkah-langkah:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan.
  2. Klik “Status Carian”.
  3. Sistem akan memaparkan sama ada anda layak serta jumlah baki bantuan yang tersedia.

Bantuan ini hanya boleh digunakan untuk membeli 14 jenis barangan keperluan, termasuk:

Pengguna dinasihatkan supaya memastikan MyKad berfungsi dengan baik terutamanya cip kad. Kerosakan pada cip boleh menjejaskan kelayakan untuk menerima bantuan. Sekiranya perlu, pemegang kad boleh menyemak status kad mereka atau melakukan penggantian awal di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang bantuan RM100 daripada kerajaan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version