Site icon TechNave BM

Kerajaan akan anjur kempen keselamatan dalam talian khas untuk kanak-kanak dan keluarga

Bagi memupuk dan mendidik kesedaran awal berkenaan keselamatan dalam alam siber dalam kalangan kanak-kanak, Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, berkata kementeriannya akan melancarkan Kempen Keselamatan Dalam Talian Untuk Kanak-Kanak dan Keluarga dalam masa terdekat.

Tujuan program ini adalah untuk membanteras jenayah pengantunan kanak-kanak (child grooming) menerusi media sosial serta mengelakkan kanak-kanak bawah 13 tahun daripada menggunakan media sosial. Walaupun kebanyakan platform media sosial membenarkan kanak-kanak untuk mendaftar akaun, kerajaan merancang untuk menghentikan terus kanak-kanak daripada menggunakan media sosial.

Kementeriannya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk mendidik tentang langkah-langkah yang harus diambil bagi menjaga keselamatan siber buat diri sendiri, anak-anak dan keluarga.

Menurut Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak D11 Bukit Aman, platform internet yang paling banyak disalah guna untuk tujuan pengantunan kanak-kanak ialah aplikasi permesejan WhatsApp.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version