Site icon TechNave BM

Kerajaan akan lancarkan platform e-dagang WarungKu, alternatif kepada Grab dan Foodpanda

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengatakan kerajaan akan memperkenalkan sebuah platform e-dagang bagi membantu usahawan kecil dan sederhana untuk meringankan kos mereka dalam menjual produk atau menyediakan perkhidmatan. Platform yang dinamakan WarungKu itu akan dilancar pada 10 April.

Beliau mengatakan idea platform itu tercetus selepas beliau menyedari banyak platform sedia ada mengenakan caj yang agak tinggi iaitu sehingga 35 peratus dan ia mungkin terlalu besar untuk para peniaga kecil. Bagi membantu peniaga untuk meningkatkan marjin keuntungan, WarungKu diharap akan mencapai matlamat tersebut.

WarungKu bukan sekadar menyediakan tempat untuk para usahawan kecil dan sederhana, malah untuk para penghantar (rider) memandangkan jumlah mereka telah bertambah sepanjang wabak COVID-19. Datuk Seri Wan Junaidi berkata kerajaan akan menyediakan RM2,000 untuk baiki kerosakan motosikal manakala untuk mereka yang ingin menjadi penghantar namun tidak memiliki motosikal, kerajaan boleh menyediakan bantuan sehingga RM10,000.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Edge

Exit mobile version