Site icon TechNave BM

Kerajaan akan menubuhkan Akademi Keselamatan Siber

Kerajaan akan menubuhkan Akademi Keselamatan Siber untuk mengisi lebih 26,000 kekosongan dalam bidang tersebut. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata akademi itu akan diletakkan di bawah penyelarasan CyberSecurity Malaysia (CSM).

Langkah ini adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja keselamatan siber mahir dalam kalangan syarikat berasaskan semikonduktor dan elektronik. Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata pembangunan bakat dalam bidang keselamatan siber di Malaysia perlu dipertingkatkan.

Hal ini adalah kerana keadaan negara yang sentiasa berdepan dengan ledakan teknologi digital yang menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi. Justeru, katanya penubuhan akademi itu adalah untuk membangunkan kepakaran tenaga kerja tempatan dalam bidang keselamatan siber melalui program peningkatan kapasiti dan kecekapan berstruktur secara berterusan.

Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version