Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kepada lebih 8 juta penerima sedia ada yang akan diagihkan mulai Khamis, 29 Ogos 2024. Untuk makluman, penerima dan rayuan baharu akan menerima bayaran mulai 18 September 2024.
Penerima/rayuan sedia ada dan baharu yang didaftarkan dalam pangkalan data STR akan menerima bayaran STR Fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat.
Selain itu, pembayaran STR Fasa 3 melibatkan sejumlah 8.5 juta penerima dengan kadar bantuan tunai antara RM50 hingga RM650 bergantung kepada kategori masing-masing. Rujuk imej di atas untuk senarai kategori kelayakan dan kadar pembayaran STR Fasa 3.
Untuk menyemak status kelayakan dan Soalan Lazim, anda boleh melawat portal rasmi STR di sini mulai 29 Ogos 2024. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

