Site icon TechNave BM

Kerajaan akan perkenalkan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan identiti tunggal

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan akan memperkenalkan MyDigital ID sebagai sebuah bentuk pengesahan identiti digital tunggal yang sahih, selamat dan dipercayai. Ia merupakan salah satu inisiatif bawah pendigitalan perkhidmatan awam melalui platform Government Technology (GovTech).

Dengan usaha ini, ia akan memudahkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan awam yang disediakan dalam internet dengan lebih cekap dan pantas. Beliau menjelaskan perancangan ini sewaktu membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) baru-baru ini.

Setakat suku kedua 2025, seramai 2.8 juta rakyat Malaysia telah mendaftarkan diri dengan MyDigital ID, lebih banyak daripada 1.8 juta pendaftaran yang dicatatkan pada suku pertama lalu.

Ia terus meningkat berdasarkan pengembangan use-case (kes penggunaan), di mana MyDigital ID boleh digunakan sebagai salah satu kaedah pengesahan identiti.

Sebelum ini, kerajaan juga merancang untuk memperkenalkan undang-undang baharu bagi menggalakkan orang ramai mendaftarkan diri dengan MyDigital ID dan meluaskan penggunaannya.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian, MalayMail

Exit mobile version