Site icon TechNave BM

Kerajaan AS akui Xiaomi tidak ada hubungan dengan tentera China

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) kini telah mengeluarkan Xiaomi daripada senarai hitam dagangan secara rasmi. Mahkamah AS untuk District of Columbia telah mengeluarkan arahan yang tidak lagi mengkategorikan Xiaomi sebagai sebuah syarikat yang berkait dengan tentera China, lantas membenarkan syarikat-syarikat AS untuk berurusan dengan Xiaomi.

Xiaomi berterima kasih kepada pihak kerajaan AS yang mempercayai kedudukannya bahawa Xiaomi adalah sebuah syarikat yang telus, terbuka, didagangkan secara awam serta bebas daripada kawalan kerajaan China. Mereka akan komited untuk menghasilkan produk teknologi bermutu tinggi buat para pengguna di AS dan serata dunia.

Berita ini adalah perkembangan terbaru dalam kemelut Xiaomi di AS, di mana ia telah dikecam oleh pentadbiran Donald Trump pada awal tahun ini dan mengesahkannya sebagai ancaman terhadap keselamatan AS. Pada bulan Mei, Jabatan Pertahanan AS tidak lagi melihat Xiaomi sebagai sebuah ancaman dan membenarkan proses untuk syarikat itu beroperasi seperti biasa.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version