Site icon TechNave BM

Kerajaan AS arahkan Facebook untuk jual Instagram dan WhatsApp

Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat dan ketua hakim dari 46 negeri mendakwa Facebook telah menyalahgunakan monopolinya dalam industri teknologi untuk mematikan persaingan dan menceroboh privasi pengguna. Facebook bertindak membeli pesaingnya seperti WhatsApp pada 2012 dan Instagram pada 2014 untuk meluaskan monopolinya serta mengurangkan persaingan.

Pihak berkuasa AS mengatakan tindakan ini melanggar undang-undang negara tersebut dan mengarahkan Facebook untuk tidak melakukan urus niaga sedemikian. Ini juga bermaksud Facebook mungkin akan diarahkan untuk menjual WhatsApp dan Instagram yang bernilai US$10 juta.

Pengarah FTC mengatakan monopoli ini akan melanggar hak pengguna untuk memilih perkhidmatan yang diinginkan. Selain itu, sikap Facebook yang tidak mesra persaingan akan mengurangkan inovasi dalam industri teknologi.

Wakil Facebook mengatakan tindakan kerajaan AS ini tidak beretika kerana FTC telah pun meluluskan pembelian Instagram dan WhatsApp oleg Facebook pada beberapa tahun lalu. Jika FTC memaksa Facebook untuk menjual kedua-dua perkhidmatan tersebut, ini seolah-olah mengatakan sebarang urus niaga yang dilaksanakan di AS adalah tidak muktamad dan boleh ditarik pada bila-bila masa oleh FTC.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Buzzfeed

Exit mobile version