Site icon TechNave BM

Kerajaan AS beri lanjutan 15 hari kepada TikTok untuk dijual kepada syarikat AS

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah melanjutkan tarikh tamat kepada syarikat pemilik TikTok, ByteDance, untuk menjualkan perkhidmatan media sosial tersebut kepada syarikat di dalam AS. ByteDance kini perlu mencari pembeli di dalam negara tersebut sebelum 4 Disember.

Sebelum ini, TikTok telah diarahkan oleh kerajaan AS untuk dijual kepada mana-mana syarikat AS berikutan ancaman keselamatan yang datang daripada kerajaan China melalui media sosial itu.

Antara syarikat AS yang dikatakan akan membeli TikTok termasuklah Walmart Inc dan Oracle Corp. Sebelum ini, Microsoft juga dikatakan akan membeli TikTok namun telah membatalkan hasrat tersebut pada bulan September.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version