Site icon TechNave BM

Kerajaan AS didapati memasukkan perisian pengintipan dalam ratusan aplikasi

Media Amerika Syarika (AS) Wall Street Journal melaporkan bahawa kerajaan AS telah mengupah sebuah kontraktor bernama Anomaly Six LLC untuk memasukkan perisian (software) yang meragukan dalam aplikasi telefon pintar. Perisian oleh Anomaly Six ini boleh ditemui dalam lebih 500 aplikasi berlainan.

Anomaly Six tidak membangunkan aplikasi-aplikasi ini, namun mereka akan membayar syarikat-syarikat pembina aplikasi bagi mengumpul data pengguna secara diam-diam dan menghantarnya ke Anomaly Six, di mana data itu akan dijual kepada kerajaan AS.

Dalam pada itu, Anomaly Six mempunyai hubungan yang kukuh dengan jabatan pertahanan dan perisikan AS. Malah, syarikat itu telah ditubuhkan oleh dua orang veteran tentera AS yang mempunyai latar belakang dalam perisikan.

Syarikat itu sebenarnya sudah pun mengakui perkara ini kepada WSJ namun senarai aplikasi yang mempunyai perisian Anomaly Six tidak diberikan. Mereka mengatakan bahawa ini adalah sah di sisi undang-undang kerana data yang dikumpul tidak mempunyai data peribadi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Wall Street Journal

Exit mobile version