Site icon TechNave BM

Kerajaan bakal gubal undang-undang baharu berkaitan jenayah siber

Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil telah mengumumkan bahawa kerajaan sedang merancang untuk meneliti penggubalan undang-undang baharu berhubung jenayah siber sejajar dengan kemajuan teknologi yang pesat.

Menurut sumber, Fahmi mendedahkan keputusan itu dibuat dalam Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-Undang Baharu berkaitan Jenayah Siber yang diadakan pada 6 Februari lalu. Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Datuk Seri Azalina Othman Said.

Fahmi menjelaskan bahawa jawatankuasa teknikal akan meneliti undang-undang dari negara lain untuk memastikan keselamatan dalam talian. Selain itu, perundangan baharu itu bertujuan untuk melengkapkan aspek yang tidak dapat dikawal oleh undang-undang sedia ada.

Mesyuarat tersebut membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi pelbagai agensi dan kementerian berkaitan keselamatan dalam talian khususnya berkaitan kanak-kanak. Justeru, tindakan segera akan diambil terhadap cabaran ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version