Site icon TechNave BM

Kerajaan akan kaji spektrum dan frekuensi untuk liputan dalam bangunan

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendedahkan bahawa Malaysia akan mengkaji penggunaan spektrum dan frekuensi yang berbeza untuk mengatasi masalah liputan dalam bangunan. Tambahnya, kaedah itu telah digunakan di Korea Selatan dengan keberkesanan yang terbukti.

Sumber mendedahkan bahawa Fahmi dimaklumkan mengenai penyelesaian itu oleh LG U+. Sehubungan itu, beliau telah meminta SKMM meneliti penemuan dan pandangan daripada LG U+ untuk melihat sama ada ia sesuai untuk digunakan di Malaysia.

SKMM dan Kementerian Komunikasi juga akan mengusahakan pembuktian konsep selepas pertemuan Fahmi dengan naib presiden eksekutif LG U+, Johan Sue-hyun Chung dan pegawai kanan syarikat telekomunikasi itu. Pertemuan ini adalah mengenai status liputan rangkaian 5G di Korea Selatan.

Pada masa hadapan, kita mungkin bakal menyaksikan perubahan liputan walaupun dalam bangunan yang besar. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version