Site icon TechNave BM

Kerajaan batal pelan untuk benarkan penggunaan mata wang kripto

Pada minggu lalu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) telah menggesa pihak pengawalseliaan kewangan negara untuk membenarkan penggunaan mata wang digital, terutamanya mata wang kripto.

Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membenarkan penggunaan mata wang kripto secara rasmi.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1 Dato’ Mohd Shahar Abdullah, kewangan kripto tidak sesuai untuk digunakan sebagai alat pembayaran kerana kekangan tertentu, seperti nilainya yang goyah serta ancaman siber.

Sungguh pun begitu, beliau mengatakan teknologi pembayaran yang semakin membesar telah menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menilai potensi kewangan digital bank pusat (central bank digital currency, CBDC).

Adakah anda berminat untuk melibatkan diri dalam mata wang kripto? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bloomberg

Exit mobile version