Site icon TechNave BM

Kerajaan benarkan pengeluaran khas KWSP bernilai RM10,000

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah menganjurkan sebuah sidang media pada hari ini di mana beliau mengumumkan bahawa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengeluarkan wang daripada akaun mereka sejumlah RM10,000.

Kerajaan membenarkan langkah ini bagi membantu rakyat yang terjejas akibat daripada pandemik COVID-19 sepanjang dua tahun lalu serta bencana banjir baru-baru ini.

Sungguh pun begitu, beliau merayu kepada rakyat supaya tidak mengeluarkan simpanan dalam akaun KWSP mereka, kecuali jika keadaan benar-benar mendesak. Ini adalah kerana simpanan KWSP adalah untuk kegunaan pada hari tua nanti.

Maklumat lanjut tentang pengeluaran wang KWSP ini akan diberikan oleh Kementerian Kewangan dan KWSP dalam masa terdekat.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version