Terkini, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan pelbagai perkara melalui Perutusan Khas Pemulihan Jangka Pendek yang baru sahaja berlangsung tadi. Antara perkara utama yang menarik perhatian kami untuk dimaklumkan kepada anda adalah pengkreditan RM50 e-dompet dan lanjutan penawaran internet 1GB percuma.
Terdahulu, internet percuma 1GB sehari ini telah diumumkan sejak tempoh PKP. Penawaran ini kelihatannya dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2020 untuk kemudahan penggunaan internet kepada rakyat Malaysia.
Kerajaan juga akan mengkreditkan sebanyak RM50 ke dalam e-dompet. Pemberian ini dipadankan dengan baucar diskaun dan pulangan tunai RM50 bagi pembelian fizikal yang dilakukan. Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan kurang daripada RM100,000 sebulan layak menerima kredit RM50 e-dompet ini.
Apa pun, kita nantikan berita mengenai agensi e-dompet yang terlibat untuk pengagihan kredit RM50 ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: KiniTV

