Site icon TechNave BM

Kerajaan cadang tambah caj pembelian ‘online’ 0.02% atau 20 sen

Terkini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Azhidi Zainul Abidin menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memperkenal caj perkhidmatan sebanyak 0.02% untuk pembelian secara dalam talian (online).

Menurutnya, perkara ini masih dalam perancangan peringkat kementerian sebelum dibentangkan dan pendekatan ini adalah satu langkah untuk mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat.

Tambah beliau, caj perkhidmatan tersebut akan dikutip dan digunakan untuk menambah baik sistem keselamatan komunikasi. Hal ini adalah untuk mengelakkan serangan siber yang banyak berlaku baru-baru ini di seluruh dunia akibat ketirisan data.

Untuk itu, beliau menyatakan bahawa kita perlu bersama-sama membantu menampung kos penambaikan komunikasi yang membabitkan perbelanjaan yang besar. Beliau memberi contoh bahawa pembelian RM1,000 mungkin dikenakan caj sebanyak RM0.20sen/0.02%.

“Ini bukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana sekarang ini, banyak pembelian dalam talian tidak membayar cukai sekali gus menyebabkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan berlaku”, tambah beliau.

Memandangkan ini hanya sebuah perancangan, pihaknya masih belum menetapkan pembelian minimum yang membolehkan caj perkhidmatan itu dikenakan.

Setakat ini, pengguna di Malaysia kelihatan banyak menggunakan laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada. Apakah pandangan anda mengenai cadangan caj 0.02% ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version